Kesan dan tindakan Pandemik COVID-19 di Arab Saudi

Pendidikan

Kementerian Pendidikan pada 8 Mac mengumumkan bahawa semua sekolah dan universiti akan ditutup dari 9 Mac untuk mengekang wabak yang tersebar.[13]

Pengangkutan dan pelancongan

Pada 6 Februari, pihak Arab Saudi mula mengeluarkan larangan perjalanan ke China kepada penduduk negara.[14] Kementerian Dalam Negeri pada 14 Mac mengumumkan bahawa semua penerbangan antarabangsa ke Arab Saudi melainkan perkara-perkara istimewa selama dua minggu mulai hari keesokannya.[15] Pada 20 Mac, pihak kerajaan Arab Saudi menghentikan semua penerbangan dan pengangkutan rel domestik bermula pada hari keesokannya.[16]

Perintah berkurung

Pada 8 Mac, pihak kerajaan Arab Saudi mengumumkan larangan keluar masuk di Qatif kecuali penduduk Qatif memandangkan semua kes yang disahkan pada masa itu berasal dari Qatif.[17] Pada 29 Mac, pihak Arab Saudi menjalankan perintah berkurung di wilayah Jeddah bermula 3 petang (waktu tempatan) pada hari itu, serta menghalang laluan keluar masuk wilayah Jeddah.[18] Kawasan Makkah dan Madinah dikenakan perintah berkurung sepanjang masa dari 2 April.[19]

Pada 23 Mac, Raja Salman, ketua negara Arab Saudi mengeluarkan arahan perintah berkurung di seluruh negara selama 21 hari dari 7 malam hingga 6 pagi, dengan semua rakyat mesti duduk di rumah masing-masing melainkan pekerja-pekerja sektor kritikal.[20]

Sukan

Pada 7 Mac, pihak Kementerian Sukan mengumumkan bahawa semua pertandingan sukan akan dianjurkan secara tertutup.[21][22] Selain itu, pihak kementerian juga mengumumkan bahawa Sukan Olimpik Saudi 2020 yang sepatutnya diadakan pada 23 Mac hingga 1 April akan ditunda.[23]

Pada 14 Mac, pihak kementerian mengumumkan bahawa semua pertandingan sukan akan ditunda, dan semua stadium, pusat sukan dan gimnasium akan ditutup.[24]

Lain-lain

Pada Mac 14, Kementerian Hal-Ehwal Perbandaran dan Luar Bandar mengumumkan penutupan semua taman hiburan serta kawasan hiburan dalam pusat beli-belah, dan semua restoran akan dijalankan proses pensterilan dan pengudaraan. Semua aktiviti sosial, termasuk majlis pengebumian dan perkahwinan akan diharamkan.[25] Pada hari berikutnya, kementerian itu mengumumkan semua pusat beli-belah, restoran dan taman awam kecuali farmasi dan pasar raya.[26]

Rujukan

WikiPedia: Pandemik COVID-19 di Arab Saudi http://english.astroawani.com/world-news/saudi-ara... http://www.astroawani.com/berita-dunia/arab-saudi-... http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-ar... http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-ar... https://dunia.tempo.co/read/1320902/virus-corona-a... https://www.aljazeera.com/news/2020/03/saudi-locks... https://www.arabnews.com/node/1635781/saudi-arabia https://www.arabnews.com/node/1637341/saudi-arabia https://www.arabnews.com/node/1637806/saudi-arabia https://www.arabnews.com/node/1638606/saudi-arabia